KUMPULAN NASYID SKSR 2010/2011 : SHAUTUL IKHWAN......

Tuesday, August 25, 2009


Bagaimana Cara Menyambut Bulan Ramadan?

Allah S.W.T. berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada member fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. "

(Al-Baqarah: 183-185)

Telah datang kepada kita bulan yang mulia dan tetamu yang agung! Oleh itu, marilah kita hidup bersama Rasulullah S.A.W.! Marilah kita pelajari bagaimana Rasulullah S.A.W. menyambut bulan yang agung dan tetamu yang mulia itu! Dialah yang maksum (terjaga dari kesalahan), yang seluruh perkataan dan perbuatannya dijadikan rujukan
dan pedoman. Allah S.W.T. berfirman: Ertinya: "Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. " (Al-Ahzab: 21)

Alangkah beruntungnya orang yang mengikuti sunnah Rasulullah dan menjadikan jejaknya sebagai petunjuk
hidupnya. Alangkah ruginya orang yang mengucapkan sabda-sabda Nabi tetapi tidak mengikut jejak dan sunnahnya. Sesungguhnya, Nabi telah menyambut bulan Ramadan dengan sambutan yang meriah. Dalam sebuah hadis di
sebutkan, ketika Rasulullah S.A.W. melihat Hilal, baginda mengucapkan,
Ertinya: "Ya Allah! Bulan Ramadan telah mendatangi kami, sedangkan kami dalam keadaan aman dan beriman, serta dalam keadaan selamat dan Islam. Wahai hilal! Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Dan sungguh engkau adalah hilal yang baik dan telah memberi petunjuk kepada kami. " (HR. Ibn Hibban)



Hikmah Ramadhan
Lirik Lagu Nasyid | Rabbani

Alhamdulillah… Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa
Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita
Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir
Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

0 comments

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

SHAUTUL IKHWAN 2010/2011.....

 


Blogger Template By j-QAF SK SUNGAI RENGIT