KUMPULAN NASYID SKSR 2010/2011 : SHAUTUL IKHWAN......

Tuesday, October 27, 2009


22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh

GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang merelk naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untik balik semula ke khemah mereka.



Jambatan bergoyang sebelum kami tercampak: Mangsa


GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

22 murid mangsa jambatan runtuh belum ditemui sehingga pagi ini

GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.

Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.

Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.

Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa-mangsa yang hilang akan selamat..InsyaAllah..



Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

1 comment

tice said...

TRAGEDI itu adalah salah 1 UJIANs dari elesaikan masalaALLAH....dan semua pihak patut mengambil IKTIBAR dari TRAGEDI ini..

Menuding jari kepada pihak-pihak tertentu tidak akan menyelesaikan masalah.Sebaliknya....bermuafakat mengadakan POST MORTEM KE ATAS tragedi YG TELAH BERLAKU serta mengambil 1 kaedah untuk mengatasinyer agar peristiwa yang serupa tidak akan berulang...

Mudah-mudahan Allah sentiasa MENJAGA kita...Insya-Allah

November 12, 2009 at 11:44 AM

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

SHAUTUL IKHWAN 2010/2011.....

 


Blogger Template By j-QAF SK SUNGAI RENGIT