Asalnya dibina di atas sebidang tanah berhampiran dengan Masjid Sungai Rengit secara bergotong royong. Mula digunakan pada April 1947 dengan nama ;
Sekolah Melayu Sungai Rengit
Nama sekolah ini seterusnya ditukar kepada:
Sekolah Umum Sungai Rengit
Setelah dipindahkan dalam kawasan Pekan Sungai Rengit, kira-kira ѕ km dari tapak sekolah lama. Pada Ogos 1954, nama sekolah diubah kepada:
Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit,
Pengerang, Johor
dan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi. Pada tahun 1981, bangunan baru dua tingkat dibina di atas tapak padang sekolah dan bangunan tersebut mula digunakan pada tahun 1983 dengan sepenuhnya.Satu peningkatan SKSR diperolehi dalam Rancangan Malaysia Ketujuh apabila bangunan empat tingkat mula didirikan pada bulan Mac 2002. Ia didirikan di tapak bangunan lama yang telah berusia 47 tahun pada ketika itu dan kini hanya tinggal dalam kenangan. Bangunan empat tingkat ini mula digunakan pada April 2003 dan kini berfungsi sepenuhnya sesuai dengan kenaikan gred SKSR kepada sekolah “ Gred A “ pada pertengahan tahun 2002.
Tuesday, July 7, 2009
Label:
Sejarah SKSR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment