KUMPULAN NASYID SKSR 2010/2011 : SHAUTUL IKHWAN......

Monday, April 26, 2010



Dalam mencari keberkatan menuntut ilmu terdapat adab-adab yang dianjurkan oleh agama Islam yang perlu kita jaga dan patuhi, antaranya ialah :

Pertama
: Membetulkan niat menuntut ilmu. Menuntut ilmu hendaklah dilakukan dengan niat melaksanakan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan bukannya untuk lulus peperiksaan semata-mata.

Kedua :
Membersihkan hati dari sifat-sifat keji seperti sombong, angkuh, hasad dengki, pemarah, tidak sabar dan lain-lain lagi. Seorang guru kepada Imam Asy-Syafi'e yang bernama 'Wafiq' pernah berpesan yang bermaksud : 'Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya ilmu itu tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang melakukan dosa'.

Ketiga : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Keempat : Menghormati dan menerima nasihat para guru. Oleh itu penuntut tidak boleh sekali-kali menunjukkan sikap tidak beradab terhadap guru, sombong dan enggan menerima nasihat guru. Sikap beginilah yang akan menjadikan ilmu yang dituntut itu tidak berkat.

Kelima : Memberi salam kepada guru dimana saja mereka berada, baik di kawasan sekolah mahupun di luar sekolah. Janganlah menunjukkan sifat keangkuhan dan masam muka terhadap guru.

Keenam : Menjaga kesihatan tubuh badan dan kebersihan pakaian. Selain itu adalah lebih elok berwuduk dan berdoa terlebih dahulu kepada Allah Subhanahu Wata'ala sebelum belajar.

Ketujuh : Menjaga pandangan mata, pergaulan dan percakapan daripada perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

Kelapan : Mempastikan makanan yang dimakan hendaklah bersih dan halal. Makanan yang meragukan dari segi kehalalannya (Syubhah) hendaklah dijauhi dan ditinggalkan kerana makanan yang tidak halal dan tidak bersih itu menyebabkan sukar untuk menghafal ilmu pengetahuan. Sejarah Islam membuktikan bahawa penjagaan makanan yang halal telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh Islam yang mempunyai daya hafalan yang sangat hebat dan luar biasa, sebagai contoh Imam Asy-Syafi'e dapat menghafal dan mengulangi Kitab Al-Muatta' yang dikarang oleh gurunya Imam Malik dalam satu malam sahaja. Imam Al-Bukhari boleh menghafal 600,000 hadis, Imam Ibni Temeh dapat menghafal 200,000 hadis dan telah mengeluarkan fatwa ketika berumur 20 tahun. Inilah berkatnya kerana mereka sangat mengambil berat penjagaan makanan dan minuman.


Baca Selanjutnya..

Wednesday, March 31, 2010



Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.


Baca Selanjutnya..

Tuesday, March 30, 2010



Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sungai Rengit telah berlangsung dengan meriahnya pada 28. Mac. 2010. Sambutan ini dimulai perarakan Maulidur Rasul yang bermula dari dataran Sungai Rengit menuju ke Masjid al-Jaharah, Sungai Rengit. Banyak kumpulan yang terlibat dalam perarakan ini termasuklah dari Sekolah Kebangsaan Sungai rengit. Majlis ini telah dirasmikan oleh ADUN Tanjung Surat, Datuk Harun. Dalam majlis tersebut Kumpulan Nasyid Sautul Ikhwan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit telah mempersembahkan 2 buah lagu nasyid. Alhamdulillah..majlis tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sangat meriah…




Baca Selanjutnya..

Wednesday, March 24, 2010



Kejohanan Balapan & Padang SKSR kali ke-13 telah dilaksanakan dengan jayannya pada 6-7. Mac. 2010. Pelbagai acara telah dijalankan antaranya ialah larian 100m,200m,4x100m, 4x200m , lompat jauh, lompat tinggi, merejam lembing, lontar peluru dan juga sukeneka. Acara terbuka untuk ibu bapa juga diadakan iaitu larian 2x100. Pada kejohanan kali ini pasukan dari rumah biru telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan.




Baca Selanjutnya..

Wednesday, February 24, 2010



Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana
kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam
mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa
ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya
dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan
Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan
oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah
yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan
sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa
Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda:
Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak
atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali
saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula
ditetak dengan 300x tetakan.



Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup,
dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu
menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan
maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk
meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka
digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang
air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang
air kecil."


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as
lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan
kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk
Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih
mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul
maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah)
menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut
bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi
Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup,
maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata
malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya
lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan
terhadap seseorang pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang
yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir
berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah
mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka
cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal
dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka
berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."


Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan
berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan
janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata
Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari
kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih
seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah
berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu
maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Baca Selanjutnya..

Sunday, February 7, 2010




Pada 6.Febuari.2010 Sk. Sungai Rengit telah menjalankan Program Kursus Kepimpinan. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi, amahah dan bertanggungjawab. Kursus ini dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu Badan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong kelas, Sukan/Permainan dan Unit beruniform..

Gambar Sepanjang Kursus:






Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin

SHAUTUL IKHWAN 2010/2011.....

 


Blogger Template By j-QAF SK SUNGAI RENGIT