KUMPULAN NASYID SKSR 2010/2011 : SHAUTUL IKHWAN......

Sunday, July 11, 2010



Pada 30/6/2010 (Rabu) SK Sungai Rengit telah terpilih dalam program Sekolahku Hebat yang dianjurkan oleh Astro Ceria. Program “Sekolahku Hebat” merupakan sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Astro Ceria bagi mengisi senarai program menarik untuk tontonan umum selain dari program Tom Tom Bak dan Geng Bas Sekolah.






Pertandingan ini terbuka pada murid sekolah berusia 12 tahun ke bawah dimana mereka perlu menghantar penyertaan yang menggambarkan kelebihan sekolah mereka sendiri. Setiap pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu menyatakan lima perkara unik atau menarik mengapa sekolah mereka paling terbaik dan dihantar sebelum atau pada 14. Mei. 2010.

Menurut produser merangkap pengarah program, pertandingan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana seramai 150 penyertaan diterima. Setelah penilaian dibuat, hanya 12 murid bertuah terpilih. Para pelajar yang terpilih akan diberi peluang mengacara depan kamera apabila kru pertandingan datang ke sekolah. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka tampil sebagai wakil sekolah untuk berkongsi perkara menarik mengenai sekolah sendiri kepada penonton.

Disamping rakaman bersama pelajar bertuah ini, Astro Ceria juga membawakan aktiviti bersama pelajar lain yang dikendalikan oleh 2 pengacara, Azrul dan Zoey. Pelajar juga diberi peluang mengadakan persembahan seperti nyanyian dan tarian. Aktiviti seperti ini menjadi program julung kali pihak Astro Ceria terutamanya yang diadakan secara on-ground

Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin

SHAUTUL IKHWAN 2010/2011.....

 


Blogger Template By j-QAF SK SUNGAI RENGIT