KUMPULAN NASYID SKSR 2010/2011 : SHAUTUL IKHWAN......

Monday, April 26, 2010



Dalam mencari keberkatan menuntut ilmu terdapat adab-adab yang dianjurkan oleh agama Islam yang perlu kita jaga dan patuhi, antaranya ialah :

Pertama
: Membetulkan niat menuntut ilmu. Menuntut ilmu hendaklah dilakukan dengan niat melaksanakan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan bukannya untuk lulus peperiksaan semata-mata.

Kedua :
Membersihkan hati dari sifat-sifat keji seperti sombong, angkuh, hasad dengki, pemarah, tidak sabar dan lain-lain lagi. Seorang guru kepada Imam Asy-Syafi'e yang bernama 'Wafiq' pernah berpesan yang bermaksud : 'Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya ilmu itu tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang melakukan dosa'.

Ketiga : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Keempat : Menghormati dan menerima nasihat para guru. Oleh itu penuntut tidak boleh sekali-kali menunjukkan sikap tidak beradab terhadap guru, sombong dan enggan menerima nasihat guru. Sikap beginilah yang akan menjadikan ilmu yang dituntut itu tidak berkat.

Kelima : Memberi salam kepada guru dimana saja mereka berada, baik di kawasan sekolah mahupun di luar sekolah. Janganlah menunjukkan sifat keangkuhan dan masam muka terhadap guru.

Keenam : Menjaga kesihatan tubuh badan dan kebersihan pakaian. Selain itu adalah lebih elok berwuduk dan berdoa terlebih dahulu kepada Allah Subhanahu Wata'ala sebelum belajar.

Ketujuh : Menjaga pandangan mata, pergaulan dan percakapan daripada perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

Kelapan : Mempastikan makanan yang dimakan hendaklah bersih dan halal. Makanan yang meragukan dari segi kehalalannya (Syubhah) hendaklah dijauhi dan ditinggalkan kerana makanan yang tidak halal dan tidak bersih itu menyebabkan sukar untuk menghafal ilmu pengetahuan. Sejarah Islam membuktikan bahawa penjagaan makanan yang halal telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh Islam yang mempunyai daya hafalan yang sangat hebat dan luar biasa, sebagai contoh Imam Asy-Syafi'e dapat menghafal dan mengulangi Kitab Al-Muatta' yang dikarang oleh gurunya Imam Malik dalam satu malam sahaja. Imam Al-Bukhari boleh menghafal 600,000 hadis, Imam Ibni Temeh dapat menghafal 200,000 hadis dan telah mengeluarkan fatwa ketika berumur 20 tahun. Inilah berkatnya kerana mereka sangat mengambil berat penjagaan makanan dan minuman.


Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin

SHAUTUL IKHWAN 2010/2011.....

 


Blogger Template By j-QAF SK SUNGAI RENGIT