KUMPULAN NASYID SKSR 2010/2011 : SHAUTUL IKHWAN......

Wednesday, February 24, 2010



Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana
kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam
mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa
ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya
dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan
Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan
oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah
yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan
sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa
Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda:
Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak
atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali
saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula
ditetak dengan 300x tetakan.



Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup,
dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu
menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan
maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk
meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka
digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang
air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang
air kecil."


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as
lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan
kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk
Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih
mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul
maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah)
menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut
bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi
Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup,
maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata
malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya
lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan
terhadap seseorang pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang
yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir
berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah
mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka
cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal
dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka
berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."


Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan
berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan
janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata
Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari
kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih
seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah
berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu
maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Baca Selanjutnya..

Sunday, February 7, 2010




Pada 6.Febuari.2010 Sk. Sungai Rengit telah menjalankan Program Kursus Kepimpinan. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi, amahah dan bertanggungjawab. Kursus ini dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu Badan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong kelas, Sukan/Permainan dan Unit beruniform..

Gambar Sepanjang Kursus:






Baca Selanjutnya..

Saturday, February 6, 2010



Ahlan Wasahlan diucapkan kepada guru baru SK. Sungai Rengit..

(Dari Kanan) En. Norul Izzat Bin Nasir - Opsyen : Sains
(Dari Kiri) En. Nasrul Hanif Bin Mohd Noor - Opsyen : Matematik


Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin

SHAUTUL IKHWAN 2010/2011.....

 


Blogger Template By j-QAF SK SUNGAI RENGIT