KUMPULAN NASYID SKSR 2010/2011 : SHAUTUL IKHWAN......

Saturday, October 31, 2009

Untuk makluman semua..Alamat blog telah diciplak.. Saya baru dapat tahu perkara ini daripada rakan-rakan. Dengan hanya kesalahan pada satu huruf akan membawa anda ke laman Mega Site of Bible Studies and Information.

Cuba klik link ni http://j-qafsksr.blogpot.com

Cuma sebagai peringatan pada pengunjung & mengelakkan fitnah. Untuk masuk ke mana-mana blog pastikan alamat diisi dengan betul. Alamat diatas hanya ditulis dengan blogpot. Tanpa huruf S.

Harap Maklum..



Baca Selanjutnya..

Tuesday, October 27, 2009


22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh

GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang merelk naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untik balik semula ke khemah mereka.



Jambatan bergoyang sebelum kami tercampak: Mangsa


GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

22 murid mangsa jambatan runtuh belum ditemui sehingga pagi ini

GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.

Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.

Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.

Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa-mangsa yang hilang akan selamat..InsyaAllah..



Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..

Saturday, October 24, 2009


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang
yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula
mengucapkan 'Yarhamukallah! '.



Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila
seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang
bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya
pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orangorang
yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang
kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan
yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara
ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di
luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap


Baca Selanjutnya..

Wednesday, October 21, 2009



Pada 9,10 dan 11 Oktober yang lalu SK Sungai Rengit telah menjalankan program lawatan ke Negeri Terengganu. Lawatan ini telah disertai oleh 40 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar SK Sungai Rengit tahun 4,5 dan 6 dan guru. Seramai 33 orang pelajar telah menyertai lawatan ini dan diiringi seramai 7 orang guru pengiring..Antara tempat-tempat yang telah kami lawati ialah Masjid Terapung, Alfra Batik, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium Negeri dan Pasar Payang..saya yang tidak pernah ke negeri Terengganu ini tidak melepaskan peluang untuk menyertai lawatan ini..banyak kenangan yang indah sepanjang lawatan yang penuh bermakna ini..Alham dulillah sampai juga saya ke negeri Terennganu yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri..jom lihat gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang lawatan ini..

Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin

SHAUTUL IKHWAN 2010/2011.....

 


Blogger Template By j-QAF SK SUNGAI RENGIT